kuputra     web                
   
   
   
   
::::::::::::::::::::::::::::::
Pautan
   


 
   
::::::::::::::::::::::::::::::
   
PESANAN PENGERUSI
   
::::::::::::::::::::::::::::::
   
   
::::::::::::::::::::::::::::::
   
   
::::::::::::::::::::::::::::::
   
   

::::::::::::::::::::::::::::::

   
   

::::::::::::::::::::::::::::::

 
    
 

Tahun 2008 mempunyai erti khusus dan istimewa untuk KUPUTRA. Beberapa kejayaan terbaik dapat diraih dan direkodkan. Tiga diantara banyak kejayaan yang dicapai adalah, pertama, bilangan anggota KUPUTRA telah mencapai 5 angka iaitu telah melebihi 1111 orang, kedua, keuntungan bersih tahunan yang diperolehi merupakan yang tertinggi pernah dicapai dan yang ketiga adalah, untuk pertama kali dalam sejarah KUPUTRA kita melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan secara serentak menggunakan kemudahan sidang video di dua tempat berjauhan iaitu di Serdang dan Bintulu.

 

Kejayaan-kejayaan yang telah kita perolehi bukan didapat secara mudah atau datang secara bergolek. Kejayaan ini diperolehi oleh adanya satu perancangan yang mantap dan sokongan serta kerjasama berbagai pihak diluar dan didalam universiti selain adanya faktor penentu iaitu kemahuan dan semangat kerja keras dari semua warga KUPUTRA. Kejayaan yang telah kita capai perlu dipertahankan dan sentiasa ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

 

Kejayaan baru yang lain perlu terus di usahakan untuk diraih bagi memastikan bahawa KUPUTRA adalah sebuah koperasi yang dinamik dan sentiasa meneroka bidang-bidang baru yang berkaitan dan berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan dan perolehan keuntungan.

 

Harapan kita bersama adalah, apapun kejayaan yang telah kita lakarkan, kejayaan tersebut merupakan kejayaan dalam satu kebangkitan penuh tenaga. Jika kita bersungguh-sunggguh membuat dan melaksanakan perancangan yang kemas dan jitu dan seterusnya melaksanakannya secara tekun dan cermat, samada perancangan ini jangka pendek, sederhana ataupun jangka panjang sudah dapat dibayangkan bahawa beberapa kejayaan lain akan segera datang menyusul menyebelahi KUPUTRA.

 

Bukanlah sesuatu yang mustahil atau satu khayalan untuk kita menjadikan KUPUTRA sebagai satu koperasi unggul, menjadi contoh dan juga ikutan untuk koperasi lain di Malaysia atau di rantau ini. Jika ada “ranking” dalam penarafan, kita berharap KUPUTRA sentiasa termasuk dalam katogori terbaik diantara koperasi yang terbaik di Malaysia. Insya Allah.