|
Koperasi pertama ditubuhkan di
negara kita adalah Syarikat Bekerjasama-sama
Jimat Cermat dan pinjaman Wang Pekerja-Pekerja
Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Ditubuhkan pada
21 Julai 1922.
Hingga 31 Disember 2006 jumlah
Koperasi berdaftar di Malaysia adalah 4,918 buah
dengan jumlah anggota seramai 5,685,514 orang
dan jumlah modal syer sebanyak
RM7,359,690,592.00.
Koperasi UPM Berhad telah
didaftarkan pada 7 September 1976 merupakan
satu-satunya koperasi IPTA yang membuka
keanggotaannya kepada tiga kelompok besar warga
kampus iaitu staf UPM, pelajar UPM dan staf
Koperasi UPM.
Koperasi UPM Berhad adalah
koperasi IPTA pertama yang berjaya memulakan
operasi stesen minyak pada 8 Ogos 1988 menerusi
kerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad dan
pajakan tanah daripada UPM selama 30 tahun.
|